Pistanthrophobia

Semoga tenang disana........
5/28/13 | 11:58 PM | 0 Sweety
Assalamualaikum.....

 Alhamdulillah harini kita masih hirup udara segar walaupun panas. 26/5/13 ayah pyja tinggalkan kami sekeluarga. Rindu? Allahu setiap saat pyja rindu ayah pyja. Lepasni pyja nak gurau dengan siapa? Siapa nak bawa pyja jejalan lagi? Pyja nak tunggu siapa depan rumah tiap kali apak nak balik? Siapa nak jadi wali pyja? Siapa nak jaga pyja bila pyja sakit? Siapa nak bakar lemang nanti? Siapa nak tegur pyja bila pyja buat salah? Siapa nak ingatkan pyja tentang agama? Pyja nak ngadu dekat siapa kalau sakit? Siapa nak tolong selesaikan soalan math bila pyja tak faham? Allahu terlalu banyak pyja nak buat dengan ayah pyja. Pyja baru je nak ajak ayah pyja pergi bercuti tetapi ayah pyja dah pergi "bercuti" dulu. Masa pyja nak cium ayah pyja *sebelum dikapankan* pyja tahan airmata pyja ni daripada kena pipi ayah pyja. Pyja taknak apak tahu pyja sedih. Apak tak bagi pyja sedih. Kalau pyja sakit, apak kata jangan nangis sebab nanti makin sakit. Lepasni siapa nak tanya "pyja tinggi dah naik?" "Haa exam macam mana?" "pyja tengah buat apa?" "Asyik main internet je bila nak baca buku?" Kalau masa boleh diundur, pyja nak ada disisi apak masa nafas terakhir tu tapi hm tak boleh. Last ayah pyja ajar pyja hm potong kuku cara betul sebab pyja tak reti potong kuku, hihi manja kan?

"Apak, kenapa apak pergi dulu? Pyja nak bawa apak dgn ibu pergi Mekah. Kan apak teringin sangat nak pergi sana? Apak, doakan pyja berjaya didunia ini ok? Semoga apak tenang di alam sana. Pyja akan cuba jadi anak yang solehah. Pyja taknak apak terseksa sebab dosa yang pyja buat dekat dunia. Apak nak tahu tak, adik asyik teringat dekat apak je, dia nangis haritu. Nasib baik ada pyja boleh tenangkan dia. Apak, tadi kan adik minta gambar apak dekat ibu. Hihi sayang apak! Pyja dgn adik rindu apak laaa :') Fi hifzillah"
Semua orang duk kata "dia tak rasa kehilangan sebab ayah dia kerja jauh" Allahu pyja terasa sangat. Pyja terasa la. Terasa sangat! Pyja paling rapat dengan ayah pyja ofkos pyja terasa. Pyja manja dengan ayah pyja. Adik pyja sanggup tunggu dekat rumah hujung sekali bila ayah pyja nak balik dari Sepang. Maghrib pula tu. Allahurabbi. Hm pyja redha dengan semua ni. Ya Allah tabahkan hati ibu dalam mendidik kami. Haa sebelum tu, doakan ayah pyja supaya ditempatkan di kalangan orang beriman tau. JazakaAllah. Assalamualaikum :')

| Newer Post
About Me

Tiada yang kekal dalam dunia ni,termasuk aku. Jaga aib aku baik baik bila aku dah takda nanti.