Pistanthrophobia

Tak terlambat lagi kot?
9/4/13 | 8:09 PM | 0 Sweety

  Assalamualaikum.....

Walaupun hari raya dah lama habis tapi aku nak cerita juga something. Hm dah lama tak update, actually setiap minggu aku update cuma tak post cukup jelah aku sorang je yang tahu apa aku rasa? Ish ish. Sihat? Alhamdulillah aku sihat kot? Kalau pyja ada buat salah, please maafkan pyja k? Hm kita kosong kosong k? Alaaa takmau lah gaduh gaduh k? Tak baik *senyum nampak gigi ronggak*

First raya......

Macam biasa, pagi tu sibuk kemas itu ini dekat rumah. Biasalah anak dara tunggal semua kena buat. Hehehe. Tahun ni raya lain sikit bukan sikit tapi banyak. Kehilangan seseorang yang aku paling sayang. Agak susah nak terima tapi kena juga! Redha tu kena. Ok sambung balik, dah siap kemas pe semua haa apa lagi tadaaaa siapkan diri sendiri la. Selamat hari raya aidilfitri mulia ampun maaf dipinta mensuci hening dosa lalalala *mesti korang pun nyanyi kan?* Tengah siap tetiba aku teringat dekat someone astaghfirullahalazim. Bukan senang nak lupakan orang yang kita sayang kan? Haa takpa aku dah besar ekeke :3 Selalunya pagi raya ayah aku akan tanya nak ikut dia pi sembahyang raya tak? Tapi tahun takda dah. Rumah senyap je. Ok bila aku rasa aku dah lawa eh? pun boleh. Pi kubur sat, baca Yaasin untuk arwah ayah & arwah atuk aku. Family aku pi dulu daripada saudara aku yang lain. Lupa nak bagitahu, kampung aku depan rumah je, dekat kan? Hm. Sampai je dekat kubur aku rasa something rasa rindu nak peluk ayah aku nak cium dia hm macam macam lagi lah. Haa masa opah aku tengah baca, tetiba opah aku menangis, nasib baik makdik ada tlg tenangkan "hm mak takda apa,cuma sedih sikit je" aku tak boleh tengok orang nangis nanti aku nangis juga. Nak tak nak, aku tak boleh nangis sebab aku malu nangis depan orang,hm. Tahan selagi mampu! Aku tengok abang aku nangis dekat satu sudut hm ya Allah aku tak mampu nak tahan airmata tapi sebab aku malu aku tak nangis, nangis dalam hati je. Then ramai cousin aku yang lain nangis. Opah kata "ayah kamu opah dah anggap macam kawan dah, bila dia ada masalah je mesti cerita dekat opah" Ayah aku anak bongsu lelaki mestilah manja dgn opah kan? Dah siap baca yaasin pe semua, kami pun balik.........

Haa masa untuk salam semua makcik pakcik saudara aku. Yeayy dapat duit raya! Alhamdulillah tahun ni banyak la juga dapatnya, haa berapa? Ada la dalam 1000 haa percaya dok? Hehehe rahsia rahsia. K paling kelakar time tangkap gambar, hahahahaha *sorry tergelak dulu* fuad kata "sedia semuaa 1 2 3" k kami yang cucu perempuan yang comel comel, lawa lawa senyum dah habis cun dah. Bila tanya fuad nak tengok gambar tadi dia kata "actually aku tangkap gambar aku, guna front camera" hahahaha sian cousin aku kena tipu ekeke :p kalau korang tak faham, sorry la ye? Aku tak pandai nak cerita. Banyak lagi celotehnya tapi aku dop ingat sangat. Petang raya pertama baru aku balik kampung satu lagi. Jumpa cousin ni boleh lupa benda yang aku lupa. Thanks atun! Hang selalu dengaq masalah aku. Sayang hang muahhhh :* Hahaha k. Malam raya buat apa lagi, main mercun lah. Usik adik sedara aku "hampa main ah dekat luaq lama lama jakgi hantu nun dekat kubuq nuh keluaq satgi akak tak tau" ingatkan depa akan masuk tapi tak. Hampeh betul. Last last aku tutup lampu luar, baru depa masuk. Fuh *lap peluh*

Ok lah aku takda benda nak cerita dah walaupun ada lagi, eh keling sungguh aku ni aihh. Bye. Assalamualaikum. Sebelum tu selawat dulu "Allahumma solli wassallim 'alaa sayyidina Muhammad wa aalihi  Muhammad" Kalau rasa post kali ni bosan, cuba cari seronoknya. Fi hifzillah :')

Older Post | Newer Post
About Me

Tiada yang kekal dalam dunia ni,termasuk aku. Jaga aib aku baik baik bila aku dah takda nanti.