Pistanthrophobia

Allah kuatkan aku....
1/7/14 | 5:19 AM | 0 Sweety

Assalamualaikum........

"Apak, semalam pyja mimpi apak. Masatu pyja tengah tv*kalau tk silap* tengah tengah malam pulaktu, tiba tiba blackout entah kenapa selama ni pyja tak takut gelap boleh jadi takut time tu. Pyja jerit takut takda sape dengar tuptup apak datang cakap "kenapa ni? cuba suluh dekat pintu tengah ni jap" so pyja pun suluh tapi pelik la entah macam mana lampu suluh tu boleh ada dekat tangan pyja? Biasa la mimpi kan. Tiba tiba ceh banyak beno tiba tiba nya haa, ada tikus lalu lagi lah pyja takut. Apak tangkap tikus tu then buang, hm how lovely you're apak. Petang esoknya apak ajak jalan jalan pi pekan kejap beli something, hm apak suka makan murtabak kan? Apak singgah kedai jual murtabak tu then orang yg jual tu macam pelik then ada sorang pakcik ni tegur apak "kau bukan dah meninggal ke?" Apak senyum je tapi dalam hati pyja time tu kan apak rasa nak debik je muka pakcik tu. Yes, pyja keluar pi pekan tu dengan apak sorang je takda orang lain. Happy gila time tu apak ahaha,nak lagi boleh? Hihi. Hm malam tu pyja pi beli burger pula masa pyja tunggu burger siap ada budak junior sekolah pyja cakap "weh dia dah meninggal lah mana boleh orang yg dah mati hidup balik" "ahaha kau sure ke video tu real? tipu jelah, dia mmg dah takda dalam dunia ni" tetiba ada seseorang tampar kawan dia sebab suruh jaga mulut sebab nak jaga hati pyja. Pyja tahu apa depa cakap, they're talking abt u apak, mcm tak logik kan apak? Cerita apak ni sampai ke facebook, huu tak sangka apak pemes kihkihkih. Bila burger dah siap pyja pun balik la rumah kita, hm apak tak rindu rumah kita ke? Hm. Haa esoknya sekolah tapi pyja tak ikut kawan yg lain pi bersenam pyja duduk satu tempat ni sbb pyja rasa down gila. Pyja nangis puas puas dekat situ maybe sebab "video" apak dkt facebook tu kot,hm idk why. Then cikgu jumpa pyja tapi cikgu tak tanya apa apa, cikgu cuma tanya nak buat tak senaman ni? Pyja pun buat lah and one more things apak, masatu kan kawan kawan pyja cuba gembirakan pyja. Hm apak tak jealous ke org lain gembirakan pyja? Hehehe. Haa mimpi habis macamtu je apak. Pyja harap apak tenang dekat sana. Pyja tak pernah lupa doakan apak dgn ibu. Semoga Allah tempatkan apak dikalangan org yg beriman"

So amacam mimpi aku? Aku tahu ada maksud mimpi tu. Allah faham sangat perasaan aku. Hm bukan senang nak move on kan? Tapi aku harap aku boleh, doakan aku dan tolong sedekahkan alfatihah dekat ayah aku. Rindu tu takyah cakap setiap hari rindu, hanya doa dan alfatihah sahaja dapat tenangkan aku, macam ustaz kata "hanya dengan mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang" doakan aku berjaya spm tahun ni. Assalamualaikum :)


Older Post
About Me

Tiada yang kekal dalam dunia ni,termasuk aku. Jaga aib aku baik baik bila aku dah takda nanti.